Tuesday, 19 February 2013

TAGAN BOAT ENTERPRISE

"Welcome to Tagan Boat Enterprise" 

Uncle Saha (Pak Unge') - 017 521 3720
Uncle Saha dan Rizal.....- 012 511 1587
       Baju Kuning yang sedang bersila tu lah tauke yang banyak menguruskan urusan setup Tagan Enterprise. Banyak pengalaman di Sungai Perak dalam bidang menjala  serta membelat Udang Galah. Kalau Pergi memancing dengan dia memang senang nak dapat udang sebab dia ni ada "ong". Masa setup dulu ingat nak pakai enjin besar tapi budget kecik. Terpaksalah pakai enjin kecik (2 kuda). Itu tak jadi masalah sebab kawasan sekitar Tagan Jeti memang port yang cukup cantik untuk memancing udang galah. Ada banyak lubuk2 yang perlu kita try dan tengok macam mana hasilnya. Sekiranya perlu pergi jauh masih boleh dengan enjin 2 kuda sebab bot 13.5 kaki yang disediakan masih dalam spec.
       Bagi memastikan keselesaan penyewa pihak Tagan ada menyediakan sampan berkajang untuk mengelak panas terik atau hujan rengai. Tapi awas sekiranya angin terlalu kuat mungkin bot boleh terbalik. Ramai yang datang memancing kadang2 tidak pandai berenang jadi pihak tagan juga menyediakan jaket keselamatan dan make sure pakai setiap masa!!!. Bagi memudahkan penyewa Tagan juga memberi tunjuk ajar kepada amatur2 yang baru nak mencuba berdikari memancing. Advice dari setiap sudut di beri secara percuma dan jangan risau sebab our Big Boss( Uncle Saha) bukan calang2 orang. Semua kerja2 Sungai Perak dia pernah buat. Daripada menjala;memancing;menjaring;merawai;menahan taut serta membelat udang galah. Pastikan tidak segan bertanya untuk berkongsi pengalaman dan knowledge. Edisi kali ni just nak introduce warga2 yang setup Tagan dan kita akan pergi jauh lagi untuk melihat cara2 turun ke Sungai dan jenis2 ikan serta mencari lubuk2 udang galah di sekitar Sungai.  


"Cara Udang Galah Makan"



Monday, 18 February 2013

Tentang Kami???....

"Bermula Kisah Hidup Kami Di sini..."

Hidup ku Rindu ku Inilah Tempatnya.......!!

Jeti Tagan Boat  Di awal Pembinaannya...
Jeti Tagan

Dengan IzinNya Tagan Enterprise telah berjaya di tubuhkan atas dasar minat yang mendalam terhadap Keindahan Alam Semula jadi dan berkongsi Kehidupan Warga Sungai. Dengan Menyelami dan memulakan perkhidmatan sewa bot ini sedikit sebanyak mendekatkan diri kita dengan ALLAH s.w.t serta mensyukuri dengan nikmat yang tidak ternilai....In Sha Allah...banyak lagi kisah2 yang akan dipaparkan buat tatapan sahabat2 semua serta berkongsi pengalaman sebagai warga Sungai Perak yang membesar dengan aliran pasang surutnya.!

Kawasan Sungai Perak di waktu Petang....


Kawasan Sungai Perak di waktu senja..


Pasangan pengantin yang berkongsi kenangan di Tagan jeti..

Menu wajib rakyat Batak Rabit...Kalau tk kena memang rasa nak demam...Sambal Tumis Udang Galah Opah Chu.....Lauk ni kegemaran Rubi; Ziah; Pizah; Kamariah dan Pikah...tapi kalau Ijai; Kerol;Ambia;Zubir dan Zaidi datang memang tak merasalah nak makan......Thanks All....